left_bar_top
PTD Forum

SUBSCRIBE RSS



Receive updates into your e-mail automatically!

Enter your email address:

left_bar_bottom


left_bar_top


left_bar_bottom
left_bar_top
left_bar_bottom
News

[back]

PM ajak rakyat capai transformasi

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang rancak bergerak melaksanakan pelbagai langkah pembaharuan dan penambahbaikan menerusi gabungan pelan transformasi negara, kata Datuk Seri Najib Razak. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, adalah penting untuk rakyat terus bersama beliau menghadapi 2010, sekali gus merealisasikan pelan transformasi yang dirancang. "Sebagai satu langkah utama dalam transformasi kerajaan kepada satu amalan yang mana Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, saya mengumumkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sempena 100 Hari pentadbiran saya. "Tahun ini pastinya memberikan bahagian ganjaran dan cabarannya, namun saya menanti-nantikan ketibaan 2010 supaya kita dapat terus sama-sama membuka laluan ke arah merealisasikan konsep 1Malaysia dalam semangat dan amalan," katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my. Beliau berkata, kerajaan akan terus mengambil kira pandangan semua pihak terlebih dulu sebelum membuat keputusan yang membabitkan kepentingan rakyat. "Saya mendapatkan pandangan anda (rakyat) secara dalam talian seawal Januari untuk menyumbangkan saranan sebelum pakej rangsangan ekonomi kedua dibentangkan pada Mac lalu," katanya. Selain itu, Najib berharap beliau dapat menjawab setiap soalan video melalui e-mel yang dihantar rakyat, walaupun terpaksa mengikuti jadual harian yang padat. Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menghasilkan satu siri mesej khas facebook, termasuk ucapan menerusi video mengenai perubahan iklim. "Saya tidak menduga laman baru facebook saya diwww.facebook.com/najibrazak yang dilancarkan pada pertengahan November lalu memperoleh populariti. "Sebab itu saya berasa tidak sabar detik pertemuan dengan rakan dan peminat internet saya dalam program yang akan dijadualkan tahun depan," katanya. Najib juga berkata, lawatan ke China pada Jun lalu memberi pengertian yang sangat bermakna kerana dapat mempertingkatkan hubungan Malaysia-China yang diasaskan Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein, 35 tahun lalu. "Saya juga mengadakan perbincangan telefon yang sangat penting dengan Presiden Barack Obama (Presiden Amerika Syarikat) dan Presiden Abdullah Gul dari Turki, selain menerima kunjungan pemimpin China dan Indonesia," katanya.


Bookmarks: Furl Furl it del.icio.us Del.icio.us Digg It Digg it Fark Fark it Blinklist Blink it Spurl Spurl it Smarking Smarking
0 Comments
Posted on 29 Dec 2009 by shockwave
Name:
E-mail: (optional)
Website: (optional)
Turing: turing
(Enter the turing number into the textbox above)
Smile: smile wink wassat tongue laughing sad angry crying


| Forget Me
Content Management Powered by CuteNews